Julai 2013 - Aktiviti 19
- Mesyuarat Kerjasama SPA, SPRM dan Institut Integriti Malaysia
SPA 24 Julai ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Pasukan Integriti antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menubuhkan Pasukan/Unit Integriti di SPA dengan kerjasama SPRM dan IIM. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, YBrs. Dr. A. Bakar Sarpon. Hadir sama Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Mesyuarat yang berakhir sebentar tadi telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. ------MediaSPA