Mei 2012 - Aktiviti 5
- Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Kecil SPA
SPA 11 Mei ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA 2012–2014 Cawangan Kecil SPA, di Auditorium JPA. Hadir sama pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA YBhg. Datin Normah Ibrahim, Timbalan Pengerusi Puan Lim Mooi Eia dan Ahli-Ahli PUSPANITA SPA. PUSPANITA Cawangan Kecil SPA turut memberi penghargaan kepada Puan Salbiah Arop sebagai penerima Anugerah Cemerlang PUSPANITA SPA 2010 – 2011. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada beliau sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA