Februari 2015 - Aktiviti 15
- MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 7 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 415 orang dan seramai 624 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA