Disember 2015 - Aktiviti 13
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,643 orang dan seramai 2,468 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan belas (18) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.