Mac 2013 - Aktiviti 17
- Tan Sri Mahmood Adam Rasmi Bengkel Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di JPNIN
KLANG 30 Mac ---- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Bengkel Penyediaan Cadangan Kertas Kerja Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri. Bengkel selama tiga (3) hari yang bermula malam tadi diadakan di Hotel GoldCourse, Klang Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Satu taklimat kepada peserta-peserta turut disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu mengenai justifikasi keperluan pewujudan jawatan tetap, kajian skim bagi pegawai kontrak dan peluang kenaikan pangkat serta elaun dan kemudahan bagi pegawai-pegawai kontrak JPNIN. Manakala peserta-peserta bengkel hari ini akan membincangkan tiga (3) perkara iaitu Kajian Skim Perkhidmatan Pegawai Lantikan Kontrak, Penstrukturan semula organisasi JPNIN serta elaun dan kemudahan pegawai lantikan kontrak ---- MediaSPA