Januari 2014 - Aktiviti 31
- Mesyuarat Suruhanjaya di Pejabat SPRM Pulau Pinang
PULAU PINANG, 20 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2014 di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Turut hadir, YBhg. Dato’ R.Segarajah,Timbalan Pengerusi S.P.A, Ahli-Ahli Suruhanjaya, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha S.P.A, Pegawai Tugas-tugas Khas dan pegawai kanan S.P.A. Sejurus selesai Mesyuarat Suruhanjaya, satu sesi taklimat mengenai SPRM telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Samarajoo Manikam, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang. --- MediaSPA