Januari 2017 - Aktiviti 1
- BERITA RINGKAS 12 Januari ----- Tan Sri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 1/2017
PUTRAJAYA, 09 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya yang pertama bagi tahun 2017 (Bil 1/2017) bertempat di Ibu Pejabat SPA Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat membincangkan dan menimbangkan kertas-kertas berkaitan dengan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib. MediaSPA