Mei 2015 - Aktiviti 6
- Menteri Di JPM Rasmi Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18
PUTRAJAYA 11 Mei ----- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB DatukJoseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diadakan di Putrajaya. Persidangan SPA dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang Ke- 18 ini turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPP, Datuk Dr. Haili Dolhan, Pengerusi-Pengerusi SPA negeri, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. Terdahulu Tan Sri Mahmood Adam telah membentangkan kertas kerja bertajuk Peperiksaan Online S.P.A: Cabaran dan Kejayaan. Pada sebelah petang sesi khas bersama Tan Sri Shamsudin Osman iaitu Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). ----- MediaSPA