September 2012 - Aktiviti 5
-
Majlis Nota Serah Tugas Setiausaha SPASPA 10 Sep ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Jawatan Setiausaha SPA yang ke-16, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo kepada Setiausaha SPA yang baharu. YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo akan bertukar ke Parlimen Malaysia sebagai Ketua Pentadbir Parlimen berkuatkuasa pada 11 September 2012. Beliau yang mula bertugas di SPA pada 2.2.2008, digantikan oleh Setiausaha SPA yang baharu iaitu YBhg. Datuk Ramli Bin Juhari juga berkuatkuasa pada 11 September 2012. Majlis penyerahan tugas jawatan tersebut telah berlangsung dihadapan Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam. ----- MediaSP