Disember 2012 - Aktiviti 7
-
SPA Terima Piala Dan Sijil Penarafan Portal 5 Bintang 2012PUTRAJAYA 12 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima Piala dan Sijil Penarafan Portal 5 Bintang. SPA yang menerima penarafan dan penilaian Portal “Top 3” adalah anjuran Multimedia Development Corporation (MDEC) dengan kerjasama MAMPU yang diadakan di Putrajaya Marriot Hotel petang ini. Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari telah menerima Piala yang disampaikan oleh oleh Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi Zainal. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Kamarudzzaman Bin Hassan. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh MDEC, Portal SPA Malaysia telah menduduki tempat ke-3 daripada 554 Agensi seluruh Malaysia yang di nilai pada tahun 2012. ----- MediaSPA