Februari 2013 - Aktiviti 4

  • Sesi Interaksi Tan Sri Mahmood Adam Dengan Pegawai-Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

    PUTRAJAYA 12 Februari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Jumaat lepas . Sesi interaksi yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya turut dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ketua Pengarah Kemas YBhg. Dato' Hassan Mohd Amin. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak terhadap SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang utama dalam Perkhidmatan Awam. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis sesi interaksi berakhir di tempat yang sama. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil Penyelia KEMAS negeri-negeri di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Â