Julai 2015 - Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 28 Julai ----- Penjawat awam elak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu --- Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA 28 Julai ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru kepada warga S.P.A supaya mengelak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu yang diperolehi dari sosial media yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Menurutnya lagi, sebagai penjawat awam mestilah dapat menilai dengan baik sama ada berita yang diperolehi itu memberi manfaat atau sebaliknya. Dalam ucapan di perhimpunan yang pertama dihadiri bersama-sama warga S.P.A itu beliau turut menasihatkan warga S.P.A supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. ----- MediaSPA

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4