November 2014 - Aktiviti 24
- Badminton Persahabatan S.P.A Bertemu MSN Negeri Johor
JOHOR BAHRU 17 Nov ----- Pasukan badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) menang 5 – 3 dalam perlawanan badminton persahabatan bertemu pasukan Majlis Sukan Negara, Negeri Johor yang diadakan di gelanggang badminton MSN Johor Bahru, Johor malam tadi. Perlawanan turut disaksikan Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPA Negeri Johor Dato’ Haji Mohd Rashidi Mohd Noor. Perlawanan badminton persahabatan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha S.P.A negeri dan Karnival Kerjaya yang diadakan di Johor Bahru bermula hari ini. ----- MediaSPA