Oktober 2014 - Aktiviti 20

  • "Ikut Garis Panduan Yang Telah Ditetapkan Oleh S.P.A" ----- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 23 Okt ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, panel temu duga serta wakil jabatan mestilah menjalankan sesi temu duga calon-calon mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. “Ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan oleh S.P.A, apabila menjalankan sesi temu duga”. Katanya lagi “temu duga dengan menggunakan kaedah Competency Base Interview (CBI) adalah cara terbaik untuk menguji seseorang calon”. Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada pengerusi-pengerusi temu duga untuk jawatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Juruteknik Komputer Gred FT17, di Putrajaya petang tadi. Menurutnya lagi S.P.A tidak mahu nanti dipersalahkan apabila panel temu duga melantik calon yang bermasalah.”Rujuklah kepada S.P.A dahulu apabila menghadapi sebarang masalah”. Sesi temu duga bagi Latihan Separa Perubatan akan bermula pada 27 Oktober 2014 hingga 7 November 2014. ----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1