April 2018 - Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 12 April ----- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2018 di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 1/2018 di Bilik Gerakan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
KUCHING, SARAWAK 12 April ----- Pada 10-11 April 2018 telah berlangsungnya Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2018 yang bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 1/2018 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak di Kuching, Sarawak. Kali ini, SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah terpilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama Bahagian Urus Setia Mesyuarat, SPA Malaysia. Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA Malaysia. Turut hadir ke mesyuarat-mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof ,Ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Ahmad, Setiausaha SPA Malaysia serta pegawai-pegawai SPA Malaysia yang lain. ----- Urus Setia Sarawak
Â
Â
Â
Â