September 2018 - Aktiviti 2
- BERITA RINGKAS 24 September ----- SPA Fit Ekspedisi Gunung Singai, Bau Sarawak
SARAWAK, 23 September ----- SPA Malaysia Cawangan Sarawak (SPAMCS) telah melaksanakan program SPA Fit 2018 - Ekspedisi Gunung Singai, Bau melalui Kelab Rekreasi & Kebajikan (SPARK) SPA Malaysia Cawangan Sarawak. Seramai 23 peserta dan kakitangan SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai program tersebut. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan mengeratkan semangat berpasukan, setia kawan, menguji tahap kekuatan mental dan fizikal serta membantu mengesan/menyelamat mangsa pendakian Gunung Singai yang telah hilang (Stanley Kho) semasa mendaki sejak 17 September 2018 yang lepas. Semasa pendakian bermula selama lebih kurang 40 minit, pendaki yang hilang Saudara Stanley Kho telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung berdekatan. Pendakian Gunung Singai kali ini diketuai oleh Encik Doni Bin Sahari (merupakan Pengerusi Kelab Aktiviti Sukan Lasak Kenyalang) turut dibantu oleh beberapa ahli yang lain. Tempoh pendakian ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak Gunung Singai dan 2 jam untuk turun ke kaki Gunung Singai dimana setengah jalan ke lokasi laluannya adalah dibuat daripada kayu belian, setengah lagi adalah laluan tanah dan curam dalam 80 Darjah. Tahniah kepada semua yang telah sampai ke puncak dan semua yg terlibat . ----- Urus Setia Sarawak
Â
Â
Â